Make your own free website on Tripod.com

                                                    home     |      guide     |      update     |      staff     |      hostel     |      forms     |      news

banner.gif

mara_1.gif
 

 

PANDUAN RINGKAS MARA London

 

print.gif print this page

Free JavaScripts provided
by
The JavaScript Source

 

 

  arrival
    forms
    documents needed
    rules
    additional infos
    mara accomodation
    office hour
    mara officers
    important addresses

 

Content starts here

BEBERAPA PERINGATAN PENTING DARI MARA LONDON

Selepas sahaja tiba di destinasi masing-masing di United Kingdom, kami nasihatkan saudara/saudari untuk:

  • Membuka akaun bank.
    Saudara/saudari bebas untuk membuka akaun dengan mana-mana bank yang terdekat dengan tempat tinggal atau universiti/kolej saudara/saudari, tetapi kami berpendapat adalah elok sekiranya saudara/saudari meminta nasihat rakan-rakan senior bagi mendapatkan maklumat perkhidmatan bank terbaik. Bagi membolehkan saudara/saudari mendapat elaun bulanan dengan cepat, kami nasihatkan saudara/saudari supaya membuka akaun dengan bank yang ada perkhidmatan "SWIFT" kerana elaun bulanan yang dikreditkan dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan ini.
  • Mendaftar dengan "National Health Service" (NHS) di universiti.
    Pendaftaran saudara/saudari dengan NHS akan membolehkan saudara/saudari berjumpa doktor NHS dengan percuma. Sila pastikan bahawa doktor pilihan adalah yang terdekat dengan tempat tinggal saudara/saudari.
  • Mengetahui kewujudan Homepage MARA London.
    Mulai Januari 1996, kami telah mewujudkan Homepage Pejabat MARA London di Internet. Sila berhubung dengan pihak universiti untuk mengetahui sekiranya saudara/saudari boleh mendapat access ke Homepage tersebut. Kami mengemaskini Homepage dari masa ke semasa, untuk membolehkan saudara/saudari mendapat maklumat terkini dari Pejabat MARA London. Sila sertakan alamat e-mail dalam borang pendaftaran sekiranya terdapat kemudahan tersebut di universiti saudara/saudari.
  • Mendaftar dengan Pejabat MARA London.
    Segala urusan surat-menyurat dan e-mail hendaklah disertakan dengan nombor rujukan MARA saudara/saudari seperti di dalam surat tawaran (contoh: 3304 0455 1425). Saudara/saudari juga boleh berhubung melalui telefon atau fax, atau datang sendiri ke Pejabat MARA London. Sekiranya saudara/saudari perlu berjumpa dengan pegawai-pegawai di Pejabat MARA London, sila buat temujanji terlebih dahulu dan sila berpakaian kemas sesuai ke pejabat. Urusan surat-menyurat perlu dialamatkan kepada:

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
High Commission of Malaysia
45-46 Belgrave Square
London
SW1X 8QT
Tel. : 020 - 7235 1220
Fax : 020 - 7235 1232
E-Mail : mara@maralon.demon.co.uk
URL : http://www.demon.co.uk/maralon


Bermula dari 2hb Julai 2001, Pejabat MARA London mula beroperasi dari alamat seperti yang di atas. Sekiranya pelajar ingin datang ke Pejabat MARA London yang baru, stesen underground yang terdekat sekali ialah Hyde Park Corner (Piccadilly Line - keluar dari stesen underground, ikut exit menuju ke Grosvenor Place dan apabila keluar dari subway (bersebelahan dengan The Lanesborough Hotel), jalan ke arah kanan menuju ke Grosvenor Place, kemudian belok kanan ke Grosvenor Crescent dan jalan terus sehingga ke penghujung jalan iaitu Belgrave Square - lebih kurang 7 minit berjalan kaki selepas keluar dari train). Sekiranya menaiki bas, nombor-nombor bas yang lalu berhampiran Pejabat ini ialah 2, 8, 16, 36, 38, 52, 73 dan 82 (towards Victoria - turun di bus stand Hyde Park Corner, ikut subway untuk seberang jalan, keluar dari subway masuk ke Halkin Street dan belok kiri di penghujung jalan Halkin Street - lebih kurang 5 minit berjalan kaki setelah turun dari bas). Pejabat ini terletak di bahagian basement 46 Belgrave Square (ikut pintu pagar dan turun tangga ke bawah).

                                                                                                                       :: back to top
A. BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI

Saudara-saudari adalah dikehendaki untuk mengisikan borang seperti yang tertera di bawah dan kembalikan ke pejabat ini tidak lewat dari dua minggu selepas tarikh pendaftaran di institusi masing-masing (borang-borang ini boleh didapati dari Pejabat MARA London/website MARA):

  1. Borang Pendaftaran Pelajar (Student Registration Form)
  2. Borang Bank (Form LPP6: Payment Instruction/Change Of Postal Address)
    Borang tersebut adalah dalam tiga salinan karbon. Sila sertakan sekeping contoh cek bersama-sama borang tersebut. Tanpa contoh cek, borang bank saudara/saudari adalah tidak lengkap dan pihak Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur tidak dapat mengkreditkan terus elaun sarahidup ke dalam akaun bank saudara/saudari.

    Sila lengkapkan perkara-perkara berikut:-

    • No. Akaun Pelajar (ie. No. Rujukan MARA contoh 3304 0411 1234)
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nama Penuh
    • Isikan Kotak "B"-"Credit my Account Number" dengan nombor akaun, nama dan alamat bank
    • Tarikh dan tandatangan

    Sekiranya saudara/saudari membuka akaun di Lloyds Bank, sila tambahkan satu digit "0" di hadapan nombor akaun bank tersebut.

                                                                                                                       :: back to top
B. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH PEJABAT MARA LONDON

Selain dari borang-borang dalam Bahagian A, dokumen-dokumen berikut juga perlu dihantar ke Pejabat Mara London iaitu:

  • Satu salinan surat tawaran pinjaman MARA berserta lampiran
  • Dua keping gambar berukuran pasport
  • Salinan passport (mukasurat 1 & 2)
  • Baucer bayaran elaun yang telah diterima di Malaysia (jika ada)
  • Salinan surat tawaran masuk universiti/kolej
  • Salinan keputusan peperiksaan yang terdahulu

                                                                                                                       :: back to top
C. PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA PENGAJIAN

Selain dari mematuhi syarat-syarat tawaran bantuan yang telah dinyatakan dengan jelas dalam surat tawaran (sila baca dan fahamkan betul-betul), saudara/saudari juga diminta memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

  1. Pembaharuan Alamat Kediaman

    Sila maklumkan dengan kadar segera secara bertulis ke Pejabat MARA London sekiranya berlaku perpindahan atau pertukaran alamat atau nombor telefon kediaman saudara/saudari.

  2. Pertukaran Bank

    Elaun bulanan saudara/saudari dibayar terus dari Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur. Sebarang pertukaran bank adalah dilarang sama sekali melainkan mendapat kebenaran dari Pejabat MARA London. Bertukar akaun bank tanpa kebenaran Pejabat ini akan mengakibatkan saudara/saudari tidak mendapat elaun sarahidup bulan seterusnya.

  3. Keputusan Peperiksaan

    Saudara/saudari dikehendaki mengemukakan satu salinan keputusan peperiksaan setiap kali menduduki peperiksaan akhir tahun bagi setiap tahun pengajian dalam tempoh satu minggu selepas keputusan rasmi peperiksaan dikeluarkan. Sekiranya saudara/saudari gagal berbuat demikian, Elaun Sara Hidup bulan seterusnya/Elaun Buku dan Perkakas sesi seterusnya akan ditahan. Elaun Sara Hidup/Elaun Buku dan Perkakas akan dibayar semula selepas saudara/saudari menghantar keputusan peperiksaan tersebut ke pejabat ini. Di samping itu pihak MARA juga akan menahan bayaran yuran pengajian kepada pihak universiti. Borang Makluman Keputusan Peperiksaan boleh didapati di halaman Borang/Lampiran dan borang ini boleh difotostat untuk kegunaan selanjutnya.

  4. Latihan Amali (Practical Training)

    Hanya Latihan Amali yang diwajibkan oleh pihak universiti sahaja dibenarkan diikuti di syarikat-syarikat di United Kingdom/Ireland. Sekiranya saudara/saudari tidak mendapat tawaran dari syarikat-syarikat di United Kingdom/Ireland, saudara/saudari hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga surat penolakan dari syarikat-syarikat berkenaan sebelum pertimbangan dibuat untuk membenarkan saudara/saudari menjalani Latihan Amali berkenaan di Malaysia (tidak termasuk pelajar kursus Perubatan).

  5. Tuntutan/Bayaran Yang Diuruskan oleh Pejabat MARA London
    Tuntutan/bayaran yang diuruskan oleh pejabat ini adalah:-

    • Yuran pengajian dan peperiksaan serta yuran pendaftaran bagi kursus profesional
    • Elaun Buku dan Perkakas
    • Elaun Thesis
    • Elaun Akhir Pengajian
    • Lawatan sambil belajar yang diwajibkan oleh universiti
    • Tuntutan perubatan/pergigian yang diluluskan oleh NHS

    Nota : Tuntutan elaun thesis adalah tertakluk kepada tuntutan maksimum dan dimohon sekali sahaja sepanjang pengajian. Tempahan tiket pulang juga diuruskan oleh pejabat ini setelah pelajar menamatkan pengajian dengan mengisi 'Borang Lampiran C' yang boleh didapati dari website MARA.

  6. Meninggalkan United Kingdom

    Sila maklumkan pejabat ini secara bertulis jika saudara/saudari ingin keluar dari United Kingdom sama ada untuk bercuti ke luar negara atau pulang ke Malaysia.

  7. Nikah Kahwin Semasa Pengajian
    Walaupun pelajar tidak dibenarkan berkahwin semasa dalam pengajian, namun tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, pelajar peringkat Sarjana Muda ke atas boleh berbuat demikian dengan syarat:

    • Mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran Bernikah Kahwin yang memerlukan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga dan kedua-dua penjamin (borang boleh dimohon dari Pejabat MARA London).
    • Mengemukakan borang tersebut ke Pejabat MARA London untuk kelulusan pihak Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.

    Pelajar pra-universiti tidak dibenarkan bernikah-kahwin sama-sekali.

  8. Council Tax

    Kerajaan British telah menetapkan bahawa pelajar sepenuh masa tidak dikenakan council tax. Untuk mendapat pengecualian dari bayaran, saudara/saudari perlu mendapatkan surat pengesahan pengajian sepenuh masa dari universiti dan memohon pengecualian pembayaran dari local council. Untuk makluman saudara/saudari, bagi mendapatkan pengecualian tersebut, semua penghuni rumah kediaman saudara/saudari hendaklah terdiri dari pelajar sepenuh masa.

  9. Kemudahan Skim Pembiayaan Pembelian Komputer

    Berkuatkuasa 1 Oktober 1995, Skim Pembiayaan Pembelian Komputer untuk semua pelajar tajaan MARA telah dibekukan tetapi pihak kami difahamkan bahawa kemudahan tersebut akan dibuka semula.  Perkara ini akan dimaklumkan sebaik sahaja Pejabat kami mendapat maklumat lanjut.

  10. Kemudahan Pembiayaan Hall of Residence di bawah Skim 60:40

    Kemudahan ini meliputi pelajar-pelajar undergraduate sahaja.  Pelajar yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat MARA London dengan bersertakan tawaran dari pihak accommodation universiti.  Di bawah skim ini, pihak MARA akan membayar sepenuhnya jumlah sewaan hall tersebut.  Walau bagaimanapun, pelajar yang diluluskan skim 60:40 ini hanya akan menerima 60% daripada kadar elaun sara hidup bulanan yang layak diterima oleh pelajar sepanjang tempoh tinggal di hall.  Permohonan pelajar akan ditimbangkan sekiranya hall tersebut di bawah pengurusan universiti dan bukan “private house”.  Kelulusan juga tertakluk kepada kadar sewa.  Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan untuk memilih kadar sewaan hall yang termurah.

  11. Peranan Mengawal Selia & Memantau Pelajar MARA
    Di antara peranan Pejabat MARA London selain dari menjaga kebajikan pelajar adalah mengawal selia dan memantau pelajar MARA. Ini adalah amat penting memandangkan peningkatan peristiwa termasuk kes jenayah, kes disiplin, perlakuan tidak berakhlak, kurang adab dan bermacam rupa maksiat yang dilaporkan atau didengari berlaku di kalangan pelajar sehingga kini. Kami menyeru pada semua pelajar supaya cenderung kepada nilai-nilai Islam dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu kami dengan memaklumkan atau memberi isyarat awal untuk menangani masalah yang akan timbul. Maklumat ini akan dikaji dengan cepat dan diteliti untuk membendung masalah dari menjadi lebih serius dan besar. Kerjasama dan bantuan dari pelajar untuk menasihati dan ingat-mengingati antara satu sama lain amatlah diperlukan.

                                                                                                                       :: back to top
D. MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Passport dan Visa

    PASSPORT

    Laporkan kepada pihak polis dengan segera jika saudara/saudari kehilangan passport. Sekiranya berlaku kehilangan passport, saudara/saudari bolehlah meminta salinan mukasurat pertama dan kedua passport saudara/saudari yang telah dihantar ke pejabat ini untuk dikemukakan kepada Jabatan Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sebagai bukti.

    VISA

    Visa saudari/saudari perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh. Dapatkan surat pengesahan dari universiti dan surat akuan dari Pejabat MARA London setiap kali urusan pembaharuan visa dilakukan.
  2. Cuaca
    Cuaca di United Kingdom akan mulai sejuk dari pertengahan September hingga April. Untuk pengetahuan saudara/saudari, udara di sini adalah sentiasa kering. Pastikan saudara/saudari bersedia berpakaian sejuk dan mempunyai krim pelembab yang sesuai untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Semasa dalam penerbangan, saudara/saudari adalah dinasihatkan supaya meminum air dari semasa ke semasa (regularly).
  3. Perkhidmatan Kesihatan
    Perkhidmatan kesihatan secara percuma disediakan oleh pihak National Health Service (NHS) tetapi pengambilan ubat-ubatan dikenakan bayaran. Saudara/saudari boleh mendapat pengecualian membayar kos ubat dengan mengisi borang AG1 (AG1 FORM) yang boleh didapati semasa mendaftar dengan NHS. Daftarlah dengan NHS yang paling hampir dengan tempat tinggal saudara/saudari. Nama-nama klinik atau surgery serta alamatnya boleh diperolehi dari universiti, tuan rumah atau pejabat pos yang berhampiran.

                                                                                                                       :: back to top
E. ASRAMA MARA DI LONDON
Samada menyewa untuk jangkamasa panjang atau transit semalam dua di London, hubungilah Pejabat MARA London untuk mendapatkan maklumat lanjut:

1.    MARA Hostel

37 Leinster Square
Bayswater
London W2 4NQ
Kadar:  £120.00 seorang sebulan ataupun £7.00 seorang semalam
Tube Station terdekat:  BAYSWATER
 
      Kemudahan MARA Hostel adalah khusus bagi pelajar MARA lelaki atau perempuan yang       belum berkahwin dan belajar di sekitar kawasan London.  Ini adalah kerana kemudahan bilik       dikongsi bersama pelajar lain.  Kemudahan bilik persinggahan (transit) adalah terhad dan       segala urusan tempahan perlu dibuat melalui Pejabat MARA London pada waktu pejabat.

2.    MARA Apartment

Ground Floor
42 Queensgate Terrace
London SW7 5PJ
Kadar sewa:  £30.00 semalam (Anggota kerja/pesara MARA sahaja)
Tube Station terdekat:  GLOUCESTER ROAD
 
      Kemudahan apartment persinggahan ini adalah terhad dan segala urusan tempahan perlu       dibuat melalui Pejabat MARA London pada waktu pejabat.

3.    MARA House

      190 Sussex Gardens
      Paddington
      London W2 1TU
      Tel:  020-7402 5111
      Kadar sewa:  Sila hubungi pihak pengurusan MARA House.
      Tube Station terdekat:  PADDINGTON 

      Terdapat kemudahan restoran di basement yang menyediakan makanan Malaysia yang       dijual pada harga berpatutan

                                                                                                                       :: back to top
F. WAKTU PEJABAT MARA LONDON

Saudara/saudari boleh berurusan dengan kami di Pejabat MARA London pada masa-masa tersebut:

Isnin hingga Jumaat

9.00 pagi - 1.00 tengahari

2.00 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad

Tutup

                                                                                                                       :: back to top
G. PEGAWAI-PEGAWAI DI PEJABAT MARA LONDON


PEGAWAI MARA LONDON

Encik Abdul Rashid Mohd Said

Flat 2, 42 Queensgate Terrace

London SW7 5PJ

Telefon (Pejabat)               :  020-7235 1220 sambungan 201

Telefon (Rumah)                :  020-7225 1235

Handphone                       :  07774-948 685

Email                               :  rashid@mara.gov.my

PEGAWAI EHWAL EKONOMI

Puan Rooh Noor

Flat 3, 42 Queensgate Terrace

London SW7 5PJ

Telefon (Pejabat)               :  020-7235 1220 sambungan 202

Telefon (Rumah)                :  020-7838 0339

Email                               :  roohnoor@hotmail.com

PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (AKAUN)

Encik Mohd Mazuki Yahya

Flat 4, 42 Queensgate Terrace

London SW7 5PJ

Telefon (Pejabat)                :  020-7235 1220 sambungan 203

Telefon (Rumah)                 :  020-7581 3123

Email                                :  mazuki@mara.gov.my

Bagi urusan yang berkaitan, sila hubungi kakitangan seperti di bawah:

Hal berkaitan Yuran Pengajian dan Bangunan hak milik MARA (MARA Hostel & Mara Apartment), hubungi:

Encik Asrah Amirshah

Telefon (Pejabat)                :  020-7235 1220 sambungan 204

 

Hal berkaitan Tuntutan dan Akaun, hubungi:

Puan Salmiah Othman

Telefon (Pejabat)                :  020-7235 1220 sambungan 206

Email                                  :  sallymiah@hotmail.com

 

Hal berkaitan Penerbangan Pulang, Keputusan Peperiksaan dan Visa Pelajar, hubungi:

Cik Zulaikha Nurdin

Telefon (Pejabat)                :  020-7235 1220 sambungan 205

Email                                  :  sweetviolet279@hotmail.com

                                                                                                                       :: back to top
H. ALAMAT JABATAN PENUNTUT MALAYSIA

Jabatan Penuntut Malaysia
United Kingdom & Ireland
46 Bryanston Square
London W1H 8AJ
Tel : 020 - 7723 2265
Fax: 020 - 7706 4721

Nama-nama pegawai yang perlu dikenali di Jabatan Penuntut Malaysia adalah seperti di bawah:


        Pengarah JPM
        Dato' DR KAMARUDIN MOHD NOR
        Jabatan Penuntut Malaysia
        46 Bryanston Square
        LONDON W1H 8AJ


        Atase Pendidikan

        ENCIK ABDULLAH OMAR MD YUDIN


        Atase Pendidikan (Agama)

        Ustaz Mohamad Rahim Mohamed Abdul Rahman


        Atase Pendidikan (Leeds)

        Puan Siti Rahmah Ahmad

        10 Southfield Drive
        Moortown
        Leeds LS17 6RP
        Tel:  0113-293 0489


        Atase Pendidikan (Dublin)

        Encik Suleiman Yunos

        Malaysia Hall Dublin
        31 Leeson Park
        Dublin 6
        Republic of Ireland
        Tel:  00353-1-660 5598
        Fax:  00353-1-668 4432

Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS

Tuan Syed Kamal Muzaffa Syed Hassan
45-46 Belgrave Square
London SW1X 8QT
Telefon            :  020-7235 8080
Fax                  :  020-7235 7580


I. ALAMAT MALAYSIA HALL

Malaysia Hall
46 Bryanston Square
London W1H 8AJ
Tel: 020 - 7723 9484

Untuk makluman saudara/saudari Malaysia Hall ada menyediakan kemudahan tempat tinggal yang hanya terbuka untuk pelajar atau rakyat Malaysia yang belum berkahwin dengan kadar bayaran yang murah. Sila hubungi Malaysia Hall untuk mendapatkan maklumat lanjut. Waden Malaysia Hall ialah Encik Sakeran Osman.


J. ALAMAT PEJABAT SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI UK

Suruhjaya Tinggi Malaysia (High Commission of Malaysia)
45 Belgrave Square
London SW1X 8QT
Telefon            : 020 - 7235 8033 (
switchboard)
Fax                  : 020 - 7235 5161

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom ialah Tuan Yang Terutama Dato' Haji Salim Hashim dan beliau boleh dihubungi di nombor telefon di atas.

K. ALAMAT PEJABAT EMBASSY MALAYSIA DI IRELAND

Embassy of Malaysia

Level 3A-5A Shelbourne House

Shelbourne Road

Ballsbridge

Dublin 4

Republic of Ireland

Telefon            :  00353-1-667 7280

Fax                  :  00353-1-667 7283

 
Duta Malaysia di Ireland ialah Tuan Yang Terutama Dato’ Ali Abdullah.


                                                                                                                       :: back to top
Saudara/saudari,

Sekali lagi kami di Pejabat MARA London mengalu-alukan kedatangan saudara/saudari ke United Kingdom dan sekiranya terdapat kemusyikilan atau sebarang permasalahan silalah berhubung dengan Pejabat MARA London.

Selain dari menimba ilmu pengetahuan dan memperolehi pengalaman saudara/saudari juga akan melalui berbagai jenis rintangan dan cabaran baik dari segi sosial, akademik dan mental. Semoga saudara/saudari dapat mengambil iktibar dari pengalaman selama berada di United Kingdom, untuk membina kemantapan peribadi dan kematangan fikiran.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan selamat menempoh kehidupan baru di perantauan orang. Kami sentiasa mendoakan agar saudara/saudari akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan seterusnya kembali ke tanah air untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

"SEMOGA SAUDARA/SAUDARI DALAM PEMELIHARAAN ALLAH SENTIASA"

Sekian, terima kasih.


Pegawai MARA London
United Kingdom NW Europe & Eire

 

                                                                                                                                               contact us     |      sitemap

                                                                    © 2004 MARA London online