Make your own free website on Tripod.com

maralondon online                                                                                                          united kingdom   europe   ireland

banner.gif


 MARA London online
-----
 /

mara_1.gif         

 

     maraguide

     maraupdate

     marastaff

     marahostel

     maraforms

     maranews

     contact us

     site map

 

 

    latest news                 

 

 

 

 

 

Majlis Amanah Rakyat

Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir separuh abad merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.  

sejarah_1.jpg

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi sumpah amanah suatu wawasan      

Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah  Untuk sebuah nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat   Tahun demi tahun telah berdetik   MARA mencapai kedewasaan usia   Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan    Menilai kembali keberkesanan   AMARAH dan Amanah Rakyat yang  dipahatkan.  

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato' Dr. Usman Awang

 

 

Site search Web search

powered by FreeFind

                       guide     |      update     |      staff     |      hostel     |      forms     |      news     |      contact us     |      sitemap

                                                                     2004 MARA London online