Make your own free website on Tripod.com

                                                    home     |      guide     |      update     |      staff     |      hostel     |      forms     |      news

banner.gif

mara_1.gif
 

 

MARA London updates

 

print.gif print this page

Free JavaScripts provided
by
The JavaScript Source

 

 

  Berita terkini


 Makluman untuk  pelajar

 

Content starts here

Berita terkini

1. Alamat dan nombor talian telefon serta fax terbaru Pejabat MARA London di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia
Penting untuk diketahui oleh semua pelajar khususnya pelajar tajaan MARA.

2. "Malaysian Carnival 2003" di Tun Abdul Razak Research Centre, Brickendonbury pada 30hb Ogos 2003
Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia dijemput untuk menjayakan majlis ini. Sila baca untuk maklumat lanjut bagi yang berminat.

3. Lawatan kerja Yang Berhormat Dato' Wira Abu Seman Yusop, Pengerusi MARA dan Y.Bhg. Prof. Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad, Presiden UniKL ke London, Cambridge, Birmingham dan Manchester pada 20-24hb September 2003. Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.
                                                                                                                      :: back to top

PERKARA-PERKARA UNTUK MAKLUMAN/PERHATIAN PELAJAR TAJAAN MARA DI UNITED KINGDOM, NW EUROPE & IRELAND

Pembayaran Elaun Akhir Pengajian (EAP) bagi Pelajar tajaan MARA yang tamat pengajian di luar negara
Pihak MARA telah bersetuju untuk membenarkan Elaun Akhir Pengajian (EAP) diberi semula kepada pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian mereka ketika di dalam tempoh tajaan MARA. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar mestilah kembali ke Malaysia selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tamat pengajian di bawah tajaan MARA bagi melayakkan mereka mendapatkan kemudahan EAP tersebut. Untuk mendapatkan pembayaran elaun tersebut, pelajar diminta mengisi borang tempahan tiket penerbangan balik berserta tarikh yang dipohon untuk pulang ke Malaysia. Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada pelajar yang hanya mengisi borang tempahan tiket penerbangan pulang semata-mata untuk mendapatkan EAP dan tidak berhajat untuk pulang ke Malaysia, mereka ini akan dikenakan denda sebanyak 100.00

Kelayakan Tiket Pulang ke Malaysia
Bagi pelajar-pelajar yang mohon penangguhan tiket pulang ke Malaysia atas sebab-sebab yang kukuh dan diluluskan oleh pihak MARA, sila ambil maklum bahawa pelajar-pelajar mestilah pulang ke Malaysia dalam tempoh (maksimum) satu tahun selepas tarikh tamat penajaan MARA bagi mendapatkan kemudahan/kelayakan tiket tersebut.

Pelajar yang Gagal dan Perlu Mengulang Pengajian
Bagi pelajar-pelajar yang gagal dan perlu mengulang pengajian, kesemua elaun dan yuran pengajian akan digantung oleh MARA dan pelajar dikehendaki untuk membuat permohonan sambungan bantuan dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut ke Pejabat MARA London:-
- Salinan keputusan peperiksaan terperinci bagi tahun pengajian yang pelajar gagal dan disahkan oleh pihak universiti;
- Surat pengesahan daripada universiti yang membenarkan pelajar mengulang pengajian;
- Surat daripada pelajar yang memberikan sebab-sebab mengapa pihak MARA patut mempertimbangkan rayuan pelajar.
Permohonan pelajar akan dipanjangkan ke Ibu Pejabat MARA untuk pertimbangan.

Keputusan Peperiksaan Sesi 2002/2003
Sebagai peringatan bersama, sila kemukakan keputusan peperiksaan bagi sesi 2002/2003 ke Pejabat MARA London secepat mungkin sebaik sahaja pelajar menerimanya daripada pihak universiti nanti. Ini untuk membolehkan pihak kami mengepos tiket dan Elaun Akhir Pengajian kepada pelajar tahun akhir dan mempercepatkan pembayaran Elaun Buku dan Perkakas untuk sesi berikutnya kepada mereka yang layak.

Galakan Bekerja di Seberang Laut untuk Pelajar yang telah Tamat Pengajian
Bagi mereka yang ingin bekerja di seberang laut setelah tamat pengajian masing-masing, mereka boleh berbuat demikian dengan syarat mereka perlu mendapatkan permit bekerja yang sah dan memberitahu pihak MARA secara bertulis di mana mereka mendapat tawaran bekerja. Langkah ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar mengumpul pengalaman bekerja dalam bidang masing-masing yang sudah tentunya sangat bernilai untuk dipraktikkan sekembalinya mereka ke tanahair, sekaligus menambahkan nilai pasaran diri apabila mencari peluang pekerjaan kelak.

Tempahan Tiket Penerbangan Balik dan Elaun Akhir Pengajian (EAP)
Pejabat ini banyak menerima pertanyaan mengenai Elaun Akhir Pengajian dan ramai yang terkeliru makna Elaun Akhir Pengajian tersebut. Elaun Akhir Pengajian ialah elaun shipping yang berupa 60% dari Elaun Sara Hidup bulanan yang diterima. Ramai yang menyangka Elaun Akhir Pengajian ialah Elaun Sara Hidup bulan Julai dan ini adalah tidak benar. Elaun bulanan terakhir yang akan diterima oleh pelajar-pelajar tahun akhir pengajian ialah elaun bulan Julai. Semoga penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka pada sesi 2002/2003, mereka adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan tiket penerbangan balik mulai dari sekarang bagi mengelakkan timbulnya masalah tidak mendapat tempat pada hari yang mereka ingin pulang. Tempahan tiket boleh dibuat tanpa menyertakan keputusan peperiksaan. Borang tempahan boleh didapati dari Homepage MARA iaitu Borang Lampiran C atau boleh didapati dari Pejabat MARA London. Sekiranya mereka ingin menukar tarikh penerbangan balik, mereka boleh berbuat demikian sebelum tiket dikeluarkan. Tiket hanya akan diserahkan kepada pelajar setelah Pejabat ini menerima keputusan peperiksaan masing-masing. Pelajar-pelajar tidak dinasihatkan untuk pulang awal sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Sekiranya pelajar ingin pulang pada bulan Mei atau Jun, elaun bulan seterusnya tidak akan dibayar. Sebagai contoh, sekiranya pelajar ingin pulang pada akhir bulan Mei, Elaun Sara Hidup bulan Jun dan Julai tidak akan dibayar. Sila email atau hubungi Cik Zulaikha Nurdin di 020 - 7235 1220 sambungan 205 untuk makluman lanjut.

Lapor Diri dan Permohonan Pengecualian/Pengurangan/Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
Bagi pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian di bawah tajaan MARA, sila lapor diri di Bahagian Penganjuran Pelajaran (secara bertulis atau pergi sendiri ke Ibu Pejabat MARA) dan mohon pengecualian/pengurangan/penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA (bagi mereka yang layak) kepada Pengarah, Bahagian Kawalan Kredit, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

                                                                                                                       :: back to top

 

                                                                                                                                               contact us     |      sitemap

                                                                     2004 MARA London online